fbpx
Zambry ketika sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Akademik Bahasa Melayu di Dewan Zaaba KPTdi sini, hari ini. Foto FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Kerajaan semak semula kriteria pengecualian bayaran PTPTN ijazah kelas pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kerajaan akan menyemak semula kriteria penerima pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi graduan ijazah pertama yang memperoleh keputusan cemerlang.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, proses semakan semula itu penting bagi memastikan hanya pelajar benar layak termasuk yang menepati definisi sebenar ‘kelas pertama’ diberikan pengecualian bayaran.

Katanya, semakan dasar itu sedang dijalankan dan hasilnya dijangka diumumkan pada tahun hadapan.

“Sekarang ini pun pelaksanaannya hanya diberhentikan sementara. Setelah disemak, kita dapati dasar ini (pengecualian bayaran PTPTN) perlu diteruskan ,” katanya selepas Majlis Anugerah Akademik Bahasa Melayu di sini hari ini.

Zambry berkata, penilaian semula itu turut meliputi aspek kualiti, keutuhan akademik serta terma rujukan pelajar yang layak bagi memastikan keadilan antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

“Kita tidak mahu membezakan antara universiti, tetapi mesti ada asas yang kukuh untuk menentukan kelayakan.

“Ini kerana kita mempunyai lebih 392 IPTS di seluruh negara, jadi penilaian ‘kelas pertama’ perlu diteliti semula. Sebelum ini kita ambil pendekatan semua yang dapat kelas pertama layak, namun kini kerajaan mahu pastikan ada piawaian yang jelas,” katanya.

Menurut beliau, bagi institusi pengajian tinggi awam (IPTA), kawalan dan pemantauan lebih mudah dilakukan kerana berada di bawah seliaan langsung kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Dasar untuk memberikan pengecualian kepada penerima ijazah kelas pertama akan dilaksanakan semula selepas proses semakan selesai,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN