fbpx
Anwar ketika menyampaikan ucapan pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Oktober di Dewan Sri Endon Puspanitapuri di sini, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR

Dulu wang bocor kerana rasuah, kini kembali kepada rakyat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kerajaan memilih untuk terus mengekang ketirisan hasil negara disebabkan budaya rasuah dan penyeludupan sebagai langkah meningkatkan hasil negara berbanding memperkenalkan cukai baharu kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu dilihat lebih berkesan selepas Kerajaan Madani berjaya menjimatkan sebanyak RM15.5 bilion dalam masa dua tahun menerusi penguatkuasaan tegas termasuk rasuah.

“Bayangkan dua tahun kita dapat selamatkan RM15.5 bilion. Itu bukan angka kecil, ia hasil daripada kawal rasuah, kawal penyeludupan dan ketirisan.

“Ini bukan perkara luar biasa, tetapi hasil kerja bersungguh-sungguh badan penguat kuasa,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Menurut Anwar, penjimatan besar yang diperoleh hasil tindakan mengekang penyeludupan dan rasuah itu membuktikan kecekapan pentadbiran mampu meningkatkan sumber negara tanpa membebankan rakyat dengan cukai tambahan.

“Sebelum kita fikir soal cukai yang kadang-kadang membebankan rakyat, kita harus betulkan dulu kesilapan dalam pentadbiran kita,” ujarnya.

Katanya, wang yang berjaya diselamatkan itu akan digunakan semula untuk kesejahteraan rakyat termasuk membayar gaji penjawat awam selain pelaksanaan bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Ramai tanya, dari mana datangnya duit tambahan ini? Jawapannya mudah, daripada wang yang kita selamatkan.

“Wang rakyat yang dulunya bocor kerana rasuah dan penyelewengan, kini kembali kepada rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI