PENULARAN wabak influenza sejak seminggu lalu di institusi pendidikan terutama sekolah rendah menunjukkan trend peningkatan. Setiap hari pasti ada ibu bapa yang melaporkan anak mereka positif influenza A. Jika seorang sudah dijangkiti tidak mustahil seisi rumah turut sama dijangkiti. Begitu juga putarannya di sekolah. Ini kerana, influenza adalah penyakit disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti saluran pernafasan dan boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan atau serius. Wabak ini merebak melalui titisan salur pernafasan apabila seseorang itu bercakap, batuk atau bersin.……