fbpx
Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran kereta Toyota Prius di Ayer Itam, malam tadi.

Toyota Prius terbakar, tiada mangsa terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Sebuah kereta jenis Toyota Prius musnah dalam satu kejadian kebakaran di hadapan 1998 Coffee Shop, Jalan Thean Teik, Ayer Itam di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.02 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan tiba pada pukul 9.11 malam dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah kereta yang sedang marak di bahagian enjin.

“PKO bertindak melakukan kerja-kerja pemadaman dan pengawalan kebakaran. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 9.16 malam dan operasi ditamatkan pada pukul 9.41 malam.

Jelasnya, operasi memadamkan kebakaran itu melibatkan seramai tujuh anggota termasuk penyelia, dengan bantuan dua jentera, sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah EMRS dari BBP Paya Terubong.

”Kes diserahkan kepada Unit Forensik Kebakaran (FIO) untuk siasatan lanjut,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI