fbpx
Ahmad Zahid ketika melawat mangsa banjir di Sabah baru-baru ini.

Mangsa bencana dapat Bantuan Wang Ihsan dalam tempoh 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaksanakan penambahbaikan terhadap mekanisme pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa bencana.

Ia supaya bantuan terbabit dapat dilakukan dengan lebih cepat tanpa karenah birokrasi serta teratur menjelang musim Monsun Timur Laut 2025/2026.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, menerusi inisiatif penambahbaikan itu, mangsa bencana akan menerima wang bantuan antara satu hingga tiga hari selepas pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup.

“Sebanyak RM284.8 juta sudah disalurkan kepada semua negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri untuk diagihkan kepada ketua isi rumah (KIR) yang berdaftar atau berpindah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Selaras dengan inisiatif BWI ini, pembayarannya akan dilaksana berdasarkan maklumat pendaftaran KIR mangsa bencana melalui sistem MyInfoBencanaJKM.

“Pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuat bayaran BWI secara terus ke dalam akaun KIR yang terbabit. Selain itu, bayaran BWI juga boleh dituntut secara tunai di kaunter BSN yang berhampiran,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Hassan Saad (PN-Baling) supaya kerajaan menyatakan mekanisme yang digunakan kleh NADMA bagi mempercepat penyaluran bantuan bencana seperti banjir, ribut dan kebakaran supaya mangsa menerima bantuan segera tanpa beban birokrasi.

Kata Ahmad Zahid, kerajaan akan sentiasa berusaha menambah baik setiap pelaksanaan inisiatif dengan penuh integriti dan tanggungjawab serta mengurangkan kerenah birokrasi bagi memastikan bantuan sampai dengan telus, lebih cepat dan teratur.

Jelasnya, bagi senarai penerima pula ia akan ditentukan berdasarkan pengesahan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI