fbpx
Tommasa Bortolazzi

Selalu lihat sukarelawan flotila solat, buka hati aktivis Itali peluk Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dalam suasana tegang dan penuh tekanan ketika ditahan tentera Israel, seorang aktivis Itali, Tommasa Bortolazzi, mengambil keputusan untuk memeluk Islam selepas menyaksikan keteguhan dan akhlak para sukarelawan Muslim yang tetap bersolat walau dalam apa jua keadaan.

Hal tersebut membuatkan Bertolazzi tersentuh dan terus memeluk Islam ketika dalam tahanan selepas ditahan oleh tentera Zionis selepas misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang disertainya ke Gaza dipintas.

Perkara itu dikongsikan oleh peserta GSF yang juga Perunding Media AlKhair Malaysia, Razali Awang, yang menyifatkan detik itu sebagai antara momen paling menyentuh hati sepanjang misi mereka.

“Ketika berada dalam tahanan, rakan-rakan Turki memeluk beliau sambil mengucapkan tahniah.

“Saya sendiri bertanya kepadanya, kenapa memilih Islam? Dia jawab, kerana dia melihat kelebihan pada orang Islam,” katanya.

Menurut Razali, Tommasa tertarik melihat bagaimana para aktivis Muslim dari pelbagai bangsa dan latar belakang bersolat berjemaah dan saling menghormati antara satu sama lain, tanpa sebarang jurang darjat atau warna kulit.

“Saya beritahu dia makna kalimah ‘asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadur Rasulullah’.

“Saya katakan, mengucap itu mudah, tetapi perjalanan selepas itu adalah satu proses panjang untuk mengenal Allah,” ujarnya.

Razali turut berkongsi bahawa Tommasa bukan satu-satunya individu yang memeluk Islam sepanjang misi flotilla kali ini, malah terdapat dua hingga tiga kes lain yang berlaku ketika para aktivis ditahan dan disoal siasat oleh rejim Zionis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI