fbpx
MINTAH meledak gol tunggal perlawanan ketika Kuching City membenam cabaran Sabah pada aksi Liga Super kelmarin. - FB KUCHING CITY FC

Mintah harapan baharu Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMAIN naturalisasi Kuching City, Jordan Mintah membuktikan keputusan pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski menyenaraikannya pada kem latihan pusat kebangsaan adalah berasas.

Pada aksi Liga Super menentang Sabah di Stadium Likas, kelmarin, pemain kelahiran Ghana itu muncul wira The Cats yang mengalahkan Sabah 1-0 sekali gus mengesahkan kemenangan berturut-turut dalam empat aksi terakhir.

Bagaimanapun pengendali Kuching City, Aidil Sharin Sahak lebih gemar untuk memberikan pujian kepada semua pemain namun tetap mengakui sumbangan besar dimainkan oleh intah.

“Walaupun kami menguasai perlawanan tetapi daripada segi serangan, kami tidak begitu tajam. Saya gembira bukan sahaja kerana Jordan menjaringkan gol tetapi kami juga berjaya mencatat satu lagi (tamatkan perlawanan) tanpa bolos di tempat lawan.

“Secara keseluruhan, kami mengawal babak kedua dengan baik. Kami dapat bertahan dengan baik dan pastinya saya sangat berpuas hati dengan prestasi pemain pada perlawanan kali ini,” katanya.

Selain Mintah, Kuching City mempunyai dua lagi pemain yang dipanggil oleh Cklamovski iaitu Muhammad Ramadhan Saifullah dan penjaga gol, Muhammad Haziq Nadzli.

Kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula hari ini dan akan terus bertolak ke Vientiane, Laos untuk menjalani latihan sebelum hadapi Laos di Stadium Nasional Laos, Khamis ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI