fbpx
Gambar hiasan - Foto FACEBOOK SUMUD NUSANTARA OFFICIAL

Sumud Flotilla: Kongsi maklumat palsu boleh membahayakan sukarelawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan spekulasi tidak sahih mengenai misi Global Sumud Flotilla (GSF) kerana ia boleh membahayakan keselamatan para delegasi dan keluarga mereka.

Melalui perkongsian di Instagram @sumudnusantaraofficial, sebarang spekulasi tanpa asas bukan sahaja menimbulkan kekeliruan, malah boleh memberi kesan besar kepada misi kemanusiaan tersebut.

“Spekulasi yang tersebar tanpa kawalan bukan sahaja menimbulkan panik dan kekeliruan, malah boleh membahayakan keselamatan para delegasi serta keluarga mereka di tanah air,” katanya.

Pelbagai khabar angin tular di media sosial berhubung lokasi dan keadaan bot serta para delegasi, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna yang mengikuti perkembangan misi tersebut.

Mereka turut menyeru pengguna media sosial untuk lebih bertanggungjawab dan memastikan hanya maklumat dari sumber rasmi dijadikan rujukan, sekali gus mengelakkan panik dan menggugat misi flotila.

“Jangan sebarkan maklumat palsu yang belum disahihkan, elakkan berkongsi mesej tanpa sumber yang jelas dan pastikan hanya maklumat tepat dikongsi bersama.

“Ingat, setiap perkongsian anda memberi kesan besar kepada misi kemanusiaan ini. Jadilah pengguna media sosial yang bertanggungjawab,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI