PONTIAN – Seramai 107 penduduk daripada 33 keluarga di daerah ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat awal pagi hari ini.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, sebuah PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, pada pukul 6 pagi bagi menempatkan semua mangsa yang terjejas.
“Setakat jam 10 pagi, hanya daerah Pontian terjejas dengan satu PPS dibuka.
“kawasan terlibat ialah Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Pak Kalib, Kampung Seri Menanti dan Kampung Maju Jaya” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE