fbpx
BALIN Millar (gambar kecil atas) terjatuh ketika mendaki Gunung El Capitan. - Foto Instagram/@balin.miller/San Francisco Chronicle/Getty Image

Netizen tonton ‘TikToker’ jatuh dari gunung ketika siaran langsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Seorang pesohor media sosial berumur 23 tahun meninggal dunia ketika bersiaran langsung semasa mendaki El Capitan yang merupakan formasi batuan menegak di Taman Negara Yosemite, negeri California, lapor portal berita MailOnline hari ini.

Balin Miller terjatuh ketika pendakiannya kelmarin dan disahkan oleh ibunya, Jeanine Girard-Moorman.

Ibunya menulis di Facebook: “Dengan berat hati saya perlu beritahu bahawa anak saya yang luar biasa, Balin Miller meninggal dunia dalam kemalangan semasa mendaki hari ini (kelmarin).

“Hati saya hancur berkecai. Saya tidak tahu bagaimana saya akan menghadapinya. Saya sangat menyayanginya,” kata wanita itu.

Netizen yang menyaksikan pengembaraannya secara langsung di TikTok terkejut melihat detik Miler  jatuh ketika mendaki.

“Dia sudah sampai ke puncak tetapi begnya tersekat pada batu ketika dia cuba menariknya ke atas. Semasa cuba mengambil beg itu, dia terjatuh dan meninggal dunia. Semuanya berlaku ketika siaran langsung,” kata pengguna laman sosial, Michelle Derrick di Facebook.

Perkhidmatan Taman Negara dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menyiasat kemalangan tersebut dan menambah, renjer taman serta pasukan kecemasan bertindak segera di lokasi kejadian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI