PENGENDALI Harimau Malaya, Peter Cklamovski terpaksa menyisihkan tujuh pemain warisan dalam panggilan kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos minggu depan.
Menerusi senarai dikeluarkan oleh pengurusan Harimau Malaya sebentar tadi, seramai 29 pemain telah dipanggil pada kem latihan pusat yang dijangka bermula Isnin ini.
Beberapa nama baharu turut dipanggil dalam skuad kebangsaan kali ini seperti pemain sensasi Kuching City, Ramadhan Saifullah dan penyerang naturalisasi baharu The Cats, Jordan Mintah.
Berdasarkan senarai diberikan, 10 pemain berdarah warisan menjadi pilihan Cklamovski selain lima tonggak bertaraf naturalisasi termasuk Endrick dos Santos, Sergio Aguero, Paulo Josue dan Romel Morales.
Antara bintang utama yang masih dikekalkan pada kem kali ini adalah Ahmad Syihan Hazmi, Dion Cools, Faisal Halim, Arif Aiman dan Harith Haiqal.
Sebelum ini, kem skuad kebangsaan menerima tamparan hebat selepas dibelenggu isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan baharu sehingga menerima hukuman berat oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), minggu lalu.
Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel yang digantung 12 bulan oleh FIFA.
Skuad negara kini dalam misi wajib menang pada dua aksi kelayakan Kumpulan F menentang Laos di Vientiane pada Khamis depan disusuli perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Oktober. – KOSMO! ONLINE
SENARAI SKUAD HARIMAU MALAYA
Penjaga gol
Ahmad Syihan Hazmi (JDT)
Azri Abdul Ghani (NSFC)
Haziq Nadzli (Kuching City)
Pertahanan
La’Vere Corbin-Ong (JDT)
Shahrul Saad (JDT)
Junior Eldstal (JDT)
Harith Haiqal (Selangor)
Quentin Cheng (Selangor)
Declan Lambert (KL City)
Daniel Ting (Sabah)
Dominic Tan (Sabah)
Ubaidullah Shamsul Fazili (TFC)
Azam Azmi Murad (TFC)
Dion Cools (Cerezo Osaka)
Tengah
Arif Aiman Hanapi (JDT)
Afiq Fazail (JDT)
Nazmi Faiz Mansor (JDT)
Nooa Laine (Selangor)
Faisal Halim (Selangor)
Stuart Wilkin (Sabah)
Ramadhan Saifullah (Kuching City)
Endrick Dos Santos (Ho Chi Minh)
Sergio Aguero (Kanchanaburi)
Richard Chin (Raith Rovers)
Penyerang
Romel Ramirez (JDT)
Safawi Rasid (KL City)
Paulo Josue (KL City)
Jordan Mintah (Kuching City)
Aliff Izwan Yuslan (Selangor)