fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh maliababy__ di TikTok bersama Aida Razman dalam memberi sokongan kepada peserta Misi GSF.

[VIDEO] ‘Bebaskan rakyat Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua pempengaruh media sosial menggesa Israel membebaskan semua sukarelawan Malaysia yang ditahan dalam Misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Menurut perkongsian TikTok @maliababy__ dan Aida Razman berkata, GSF adalah misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Misi GSF tidak berkait dengan politik dan tidak bersifat ganas serta mematuhi undang-undang antarabangsa sepenuhnya untuk menyampaikan bantuan.

“Kami ingin memohon pembebasan kepada rakyat Malaysia yang ditahan dan diculik rejim zionis Israel,” ujarnya dalam video berdurasi 24 saat itu.

Rakaman video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang ingin mengikuti tindakan pempengaruh media sosial itu sebagai sokongan kepada peserta Misi GSF.

“Macam ini bagus sebab kita memang perlukan ramai orang Malaysia yang fasih bahasa lain supaya dapat sebarkan informasi kepada negara lain,” komen @Amndn17

“Menghalang misi kemanusiaan adalah salah di sisi undang-undang antarabangsa,” kata Aurora.

“Misi GSF adalah misi kemanusiaan. Tiada senjata diatas kapal pelayaran, hanya makanan, susu dan ubat-ubatan untuk rakyat Gaza yang memerlukan,” komen @Betty

Terdahulu, Kosmo! melaporkan ketiadaan hubungan rasmi dengan Israel menimbulkan kebimbangan banyak pihak keatas rakyat Malaysia yang ditahan. -KOSMO! ONLINE

@maliababy__ you are a s complicit if you stay silent! #breaktheseige #sumudflotilla @aida razmannn ♬ original sound – Bucs

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI