fbpx
Nadzmi kecewa melihat masih ada segelintir selebriti yang memilih untuk mempromosikan jenama yang dikaitkan dengan Zionis.

‘Sedih kawan-kawan tak cakna, masih tak nak boikot’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Nadzmi Adhwa meluahkan rasa kecewa apabila melihat masih ada segelintir selebriti yang memilih untuk mempromosikan jenama yang dikaitkan dengan Zionis.

Nadzmi atau nama lengkapnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 33, berkongsi kekecewaannya dalam hantaran yang dimuatnaik dalam akaun Threads.

“Masih juga tak nak boikot. Tak mati kot kalau tak makan duit haram ‘isswell’ tu. Berapa sangat tawaran untuk produk mereka yang kawan-kawan tak boleh sangat nak tolak tu?

“Sedarkah produk-produk tersebut menyumbang kepada pembunuhan saudara kita di sana?

“Sedihlah tengok kawan-kawan sendiri dalam industri pun tak cakna,” tulisnya.

Isteri Nadzmi iaitu Ardell Aryana yang menyertai misi kemanusiaan Sumud Flotilla ke Gaza kini berada dalam tahanan tentera Zionis selepas kapal mereka ditawan semalam.

Ketika ini, netizen sedang giat menyenaraikan nama-nama selebriti tempatan yang dilihat masih galak mempromosikan jenama yang dikaitkan dengan Zionis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI