fbpx
Noor Hisam bercakap kepada pemberita di Majlis Meraikan Pesara dan Bakal Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak di Mes Pegawai Kanan Polis Perak, Ipoh hari ini. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

Roboh surau: Tiga laporan polis terhadap Rafidah Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Polis Perak mengesahkan menerima tiga laporan polis terhadap pelakon Rafidah Ibrahim berhubung dakwaan menghasut berkaitan isu perobohan bangunan surau lama di Kampung Seri Keramat, Pasir Puteh.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, laporan polis tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh semalam dan setakat ini, tiada mana-mana individu termasuk Rafidah dipanggil untuk memberi keterangan.

“Keputusan untuk merobohkan bangunan lama surau itu akan diketahui pada Rabu depan.

“Kejadian protes dan bantahan menyebabkan perobohan bangunan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga mendapat keputusan mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Meraikan Pesara dan Bakal Pesara Warga Kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak Tahun 2025 di Mes Pegawai Kanan Polis, di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 105 pesara dan bakal pesara Kontinjen Perak tahun ini diraikan bagi menghargai khidmat bakti mereka kepada pasukan dengan masing-masing menerima sijil perkhidmatan, sijil penghargaan dan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN).

Mengulas lanjut Noor Hisam memberitahu, tiada sebarang protes atau bantahan berlaku di surau berkenaan hari ini seperti yang diajak Rafidah menerusi video tular.

Dalam perkembangan lain, Noor Hisam memaklumkan pihaknya sedang menyiasat kemungkinan wujud elemen jenayah lain berhubung kes seorang lelaki yang maut ditembak kerana disangka haiwan buruan sebelum mayatnya ditinggalkan di Kampung Selamat, Semanggol dekat Bagan Serai, Isnin lalu.

Jelasnya, setakat ini, siasatan kes berkenaan kekal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI