fbpx
WUJUD laporan di Colombia mengatakan Holgado (dua dari kanan) sudah pun berada di Malaysia bersama ejennya.

Rodrigo Holgado dilaporkan berada di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemain warisan negara, Rodrigo Holgado dilaporkan sudah berada di Malaysia bagi menguruskan hal berkaitan hukuman penggantungan setahun yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atasnya bersama enam lagi pemain.

Perkhabaran itu dikongsikan oleh salah seorang wartawan Colombia, Nany Florez yang mendakwa Holgado sudah tiba di Malaysia dan dijangka akan menguruskan hal yang berkait dengan isu berbangkit ketika ini.

“Rodrigo Holgado berada di Malaysia bersama ejennya. Pemain @AmericadeCali itu ke sana berikutan hukuman FIFA. Penyerang itu berharap situasi berkenaan dapat diselesaikan dengan mengambil kira tempoh 10 hari untuk membuat rayuan,” katanya.

Enam lagi pemain adalah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Imanol Machuca dan tiga tonggak penting Johor Darul Ta’zim (JDT), Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Hasil semakan Jawatankuasa Disiplin FIFA sebelum ini menyaksikan semua pemain itu dikenakan penggantungan 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak dan denda CHF2,000 (sekitar RM10,000) manakala Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta).

Dalam satu kenyataan semalam, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman menjelaskan badan induk itu masih menunggu dokumen penuh keputusan penghakiman daripada pihak FIFA dan proses rayuan hanya akan dimulakan sebaik sahaja dokumen penuh keputusan penghakiman tersebut diterima. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI