PETALING JAYA – Kerajaan Sabah menzahirkan rasa kebimbangan terhadap penahanan Zizi Kirana dan Sul Aidil, anak tempatan negeri itu yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.
Beliau berkata, keberanian mereka dalam menghulurkan bantuan amat membanggakan seluruh rakyat negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keyakinannya kepada Perdana Menteri bersama Menteri Luar Negeri akan mengambil langkah diplomatik terbaik bagi memastikan pembebasan segera semua sukarelawan yang terlibat.
“Kerajaan Negeri menyeru seluruh warga Sabah, tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, dan politik, agar bersatu memberikan solidariti terhadap perkara ini.
“Doa kita sentiasa mengiringi keselamatan dan pembebasan mereka yang berjuang atas nama kemanusiaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Dua sukarelawan itu antara peserta Global Sumud Flotilla dilaporkan ditahan oleh rejim Israel dengan menjadikan jumlah keseluruhan tahanan Malaysia adalah seramai 12 orang.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran mesej kecemasan yang dimuat naik di akaun Sumud Nusantara Official sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE