fbpx
Tangkap layar video yang diambil dari penstriman langsung yang disiarkan semalam menunjukkan keadaan di salah sebuah bot GSF ketika ditahan tentera Israel. - AFP

Tentera Israel rempuh, bedil meriam air pada kapal Sumud Flotilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR GAZA – Tentera Israel memintas dan menceroboh naik ke beberapa kapal Global Sumud Flotilla (GSF) malam semalam (waktu tempatan), demikian menurut penganjur pelayaran itu seperti laporan saluran berita CNN.

“Berbilang kapal Global Sumud Flotilla terutamanya Alma, Sirius dan Adara dipintas secara haram dan dinaiki oleh Pasukan Pendudukan Israel di perairan antarabangsa,” kata GSF dalam satu kenyataan.

GSF adalah sebuah organisasi yang cuba membawa bantuan ke Gaza menggunakan kapal-kapal membentuk armada bantuan  yang belayar merentasi Laut Mediterranean.

“Selain bot yang disahkan dipintas, liputan dan komunikasi langsung terputus dengan beberapa bot lain. Kami sedang berusaha untuk mengambil kira semua peserta dan anak kapal,” kata GSF.

GSF memuat naik hantaran di aplikasi Telegram yang mengatakan bahawa tentera Israel menggunakan ‘pencerobohan aktif’ terhadap beberapa kapal flotilla yang lain.

Katanya, sebuah kapal sengaja dirempuh di laut, manakala dua lagi disasarkan menggunakan meriam air.

Kumpulan itu menyiarkan video dirakam dari kapal lain menunjukkan kapal Yulara disasarkan dengan meriam air. 

Semua yang berada di atas kapal tidak cedera, demikian menurut catatan GSF. 

Sementara itu, Kementerian Luar Israel mengesahkan bahawa beberapa kapal telah ‘dihentikan dengan selamat’ dan penumpang mereka dipindahkan ke pelabuhan Israel.

Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Danny Danon berkata, mereka yang cuba memasuki wilayah Israel itu akan dihantar pulang sejurus selepas cuti Yahudi, Yom Kippur. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI