fbpx
Tangkap layar remaja lelaki melakukan aksi 'Superman' di Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Remaja 14 tahun buat aksi ‘Superman’ atas Jambatan Kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Polis menahan seorang remaja berusia 14 tahun selepas tular melakukan aksi ‘Superman’ ketika menunggang motosikal di Jambatan Kedua Pulau Pinang, menghala ke Batu Maung di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou berkata, remaja lelaki berkenaan diberkas sejurus dia tampil menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (IPD SPS), kira-kira pukul 10.30 malam.

Menurutnya, tangkapan dilakukan selepas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) mengesan individu terbabit susulan tular satu klip video yang di laman facebook.

“Dalam rakaman tersebut, kelihatan lelaki menunggang motosikal sambil melakukan aksi mengangkat kaki, meniarap di atas motosikal serta menundukkan kepalanya.

“Suspek kini ditahan bersama motosikal yang digunakan untuk tujuan siasatan lanjut. Hasil saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya,” katanya di sini, malam ini.

Beliau memberitahu, tindakan tersebut bukan sahaja membahayakan dirinya sendiri malah turut mengundang risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Justeru, tambahnya lagi, polis juga sedang mengesan beberapa lagi penunggang motosikal lain yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI