fbpx
Keadaan kenderaan yang terbabit kemalangan selepas insiden kejar mengejar dalam kejadian dari Kemayan, Bera Pahang hingga ke Sungai Lui, di Jempol, pagi tadi. -IHSAN POLIS

Empat bergaduh sebab berebut wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Hanya disebabkan wanita, empat lelaki telah ditangkap polis, manakala dua lagi cedera parah serta dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, susulan merusuh dalam kejadian di Sungai Lui, di Jempol, pagi tadi.

Difahamkan, aksi kejar mengejar antara suspek dan mangsa itu dari Kemayan di Bera, Pahang, ke Sungai Lui, Jempol, Negeri Sembilan telah berakhir dengan insiden kemalangan.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut dari mangsa berusia 37 tahun yang telah bertindak menghubungi pihak polis sekitar pukul 8 pagi bagi meminta bantuan.

“Mangsa yang memandu pacuan empat roda jenis Hilux menyedari telah diekori oleh sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dari kediamannya di Kemayan (Bera). Mangsa ketika itu dalam perjalanan untuk bekerja.

“Namun, kereta Perodua Myvi berkenaan telah berpatah kembali ke arah Kemayan dan mangsa kemudiannya turut serta berpatah serta mengejar kenderaan tersebut. Mangsa telah melanggar kereta dinaiki empat suspek berusia lingkungan 20an hingga 30an lalu kereta itu terbabas.

“Dua lelaki dalam kereta itu telah melarikan diri, namun dua lagi tidak sempat serta berlaku pergaduhan dengan rakan-rakan mangsa yang turut ke lokasi kemalangan sehingga menyebabkan dua individu cedera parah dipercayai dipukul menggunakan senjata,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ujar Alzafny lagi, susulan kejadian tersebut, empat lelaki sudah ditangkap termasuk mangsa kerana merusuh dan siasatan awal mendapati insiden itu berpunca daripada mangsa yang dikatakan telah campur tangan hal teman wanita suspek.

Menurutnya, dua lagi lelaki ditahan di wad Hospital Jempol dan kini telah dikejarkan ke HTJ bagi rawatan lanjut susulan kecederaan parah yang dialami. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI