fbpx
Pesawat  Cessna T206 Turbo Stationair mendarat cemas di tengah lebuh raya. - Tribune

Pesawat mendarat di tengah lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAN DIEGO, CALIFORNIA – Pengguna sebuah lebuh raya yang sibuk di negeri California gempar apabila sebuah pesawat ringan melakukan pendaratan cemas di tengah jalan, lapor portal berita NBC News. 

Kejadian berlaku di Balboa Avenue, bandar San Diego pada Isnin lalu. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat San Diego, Candace Hadley berkata, pihaknya menerima laporan mengenai sebuah pesawat ringan mendarat cemas sekitar pukul 4.45 petang (waktu tempatan). 

“Selepas kru kami tiba di tempat kejadian, mereka mendapati bahawa pesawat telah mendarat dengan selamat,” kata Hadley. 

Bahagian Sempadan Peronda Lebuhraya California mengesahkan tiada pemandu yang cedera.

Menurut Jabatan Pengangkutan California, pesawat itu mendarat di tengah pembahagi jalan sekali gus berjaya mengelak lalu lintas aktif.

Pesawat jenis Cessna T206 Turbo Stationair itu berlepas dari Lapangan Terbang Eksekutif Montgomery-Gibbs sekitar pukul 3.50 petang (waktu tempatan) dan melalui sepanjang pantai ke Oceanside sebelum mendarat cemas, demikian menurut laman pemantauan FlightAware. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI