fbpx
Gambar hiasan

Umpan hadiah basikal sebelum suruh ‘pegang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang pekerja kilang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di kawasan hutan Kampung Serukam di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek lelaki berusia 46 tahun itu ditahan pada pukul 9 malam, semalam.

Katanya, berdasarkan laporan, suspek dikatakan mengumpan kanak-kanak itu dengan menawarkan basikal percuma sebelum membawanya ke kawasan hutan.

“Mangsa bersama tiga rakannya berada di kawasan Bukit Bintang Ramlee sebelum didatangi suspek menaiki motosikal.

“Suspek kemudian mengajak mangsa ke sebuah rumah di Taman Sri Astana untuk mengambil sebuah basikal secara percuma dan kembali semula di kawasan Bukit Bintang Ramlee bersama basikal yang dijanjikan.

“Bagaimanapun, suspek kemudian menawarkan sebuah lagi basikal percuma dan menganjak mangsa mengikutnya sebelum mangsa sedar dia dibawa ke kawasan hutan berdekatan Kampung Serukam dan telah memaksa mangsa memegang alat sulitnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI