fbpx
Gajah tersebut menggeledah dapur kedai untuk mencari makanan. - Amarin TV

Gajah selera mewah, cari makanan dalam restoran barbeku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seekor gajah liar menceroboh masuk ke sebuah restoran barbeku di wilayah Nakhon Ratchasima ketika waktu malam sebelum menggeledah dapur untuk mencari makanan, lapor laman berita Thaiger.

Dalam satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), gajah dinamakan Plai Biang Lek itu dirakam merayau-rayau di dalam restoran tersebut pada 25 September lalu.

Premis berkenaan terletak berhampiran sempadan Taman Negara Khao Yai.

Video CCTV tersebut menunjukkan gajah itu memasuki kawasan hadapan sebelum berjalan ke dapur dan mula mencari makanan. 

Bekas peralatan dapur dan minuman ditemui berselerak di atas lantai, manakala kerosakan  dilaporkan pada kedua-dua pagar dan bahagian struktur restoran.

Wartawan yang melawat tempat kejadian keesokan harinya menemui kesan tapak kaki gajah di seluruh kawasan dapur dan mengesahkan kerosakan besar pada harta benda. 

Sementara itu, pemilik restoran kekal bersikap tenang meskipun mengalami gangguan tersebut.

Dia berkata, ia bukan kali pertama Plai Biang Lek yang dikenali dari taman negara berhampiran ‘melawat’ premisnya.

“Gajah itu datang dari semasa ke semasa. Ia bukan sesuatu yang mengejutkan buat kami lagi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI