fbpx
Aiman Athirah ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Strata 2025: Ke Arah Pengurusan Strata Kelas Pertama di Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI

Isu flat Rohingya diserah kepada kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Isu flat empat tingkat yang pernah menjadi penempatan etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Hulu Langat diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri untuk tindakan selanjutnya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, bangunan tersebut tidak berada di bawah pengurusan strata, yang juga di luar bidang kuasa kementeriannya.

“Flat itu bukan di bawah strata dan kita serahkan kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan kes itu,” katanya ringkas selepas merasmikan Persidangan Strata 2025: Ke Arah Pengurusan Strata Kelas Pertama di sini hari ini.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan kewujudan sebuah flat empat tingkat yang uzur dengan sambungan paip air dan pendawaian elektrik yang mencurigakan dipercayai didiami komuniti Rohingya di Sungai Tekali.

Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat dalam kenyataan semalam memaklumkan, tindakan perobohan akan dibuat terhadap bangunan tersebut mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

PDT Hulu Langat menyatakan struktur bangunan tersebut sebahagian besarnya terletak atas lot tanah milik individu selain terdapat sebahagian kecil di rizab jalan.

Sebelum ini PDT Hulu Langat mengeluarkan notis Amaran Pendudukan Secara Tidak Sah di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara kepada pemilik struktur kediaman itu pada 2017, 2020, 2021 dan terbaharu pada 13 Mac 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN