fbpx
MANGSA meninggal dunia di tempat kejadian setelah ditimpa kemalangan dengan sebuah lori bermuatan simen di Bulatan Jitra, hari ini.

Suami isteri maut ketika hendak ambil ubat di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – Pasangan suami isteri warga emas yang maut dalam nahas motosikal dan lori di Bulatan Jitra, di sini dikatakan dalam perjalanan ke hospital untuk mengambil ubat.

Megat Yahya Megat Ahmad, 65, dan isterinya, Khoriyah Kassim, 60, meninggal dunia di lokasi kejadian yang terletak tidak sampai satu kilometer dari Hospital Jitra.

Adik arwah Khoriyah, Naemah, 50, berkata, dia terkejut sebaik menerima berita kakak dan abang iparnya terbabit dalam kemalangan di bulatan berdekatan Hospital Jitra.

Katanya, ketika itu, dia sedang mengajar di sebuah sekolah tidak jauh dari tempat kejadian dan bergegas ke Unit Forensik, Hospital Jitra untuk melihat keadaan mereka.

“Kali terakhir saya bertemu arwah kakak dua hari lalu ketika menjemputnya dan abang ipar di rumah mereka di Kampung Kepala Batu untuk menghantar anak kedua mereka ke Stesen Bas Bandar Darulaman.

“Anak lelaki mereka mahu menaiki bas untuk menyambung latihan kerja di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di ibu negara. Arwah kakak mengadu tidak sihat sejak beberapa hari lalu.

“Dia tinggal berdua bersama abang ipar kerana tiga anak mereka bekerja dan tinggal jauh,” katanya.

Jenazah warga emas itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banai, Wang Tepus selepas selesai urusan di hospital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI