fbpx
Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran sebuah lori di Bukit Mertajam, hari ini.

Pemandu sempat keluar sebelum kepala lori terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Nyawa seorang pemandu lori masih panjang apabila dia dikatakan sempat berlari keluar sebelum bahagian kepala kenderaan itu terbakar dalam kejadian di Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Mangsa, Sunizam Ismail, 54, dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran sebuah lori pada pukul 12 tengah hari tadi.

Menurutnya, operasi menyelamatkan melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap yang diketuai Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II Yusri Mohd. Arshad.

“Kebakaran melibatkan sebuah lori jenis Hino 700 yang terbakar di bahagian kepala lori dengan anggaran peratusan kemusnahan sebanyak 70 peratus.

“Mangsa telah berjaya keluar sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi. Komander Operasi melaporkan kebakaran dapat dikawal pada pukul 12.15 tengah hari tadi dan dipadamkan sepenuhnya kurang 15 minit kemudian,” katanya di sini, hari ini.

Justeru tambahnya, kerja-kerja ‘overhaul’ sudah selesai dijalankan dan operasi tersebut ditamatkan pada pukul 13.14 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI