fbpx
INFANTINO

Piala Dunia 2026: Harga tiket mahal elak ‘ulat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEXICO CITY – Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino mempertahankan harga tiket Piala Dunia 2026 yang dianggap terlalu mahal berbanding edisi-edisi sebelum ini.

Badan induk bola sepak dunia itu berdepan kritikan hebat sebelum ini atas keputusan mereka menaikkan harga tiket selain ada tiket yang dijual dengan harga berbeza-beza berdasarkan sesuatu perlawanan.

Infantino berkata, pihaknya terpaksa mengambil langkah sedemikian gara-gara sambutan hangat yang diterima di ketiga-tiga negara penganjur termasuk Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada.

“Permintaan terlalu tinggi dan melepasi jangkaan. Jumlah permintaan untuk tiket perlawanan sangat menakjubkan, jadi kami perlu mengambil langkah seperti ini kerana enggan pihak lain mengambil kesempatan.

“Harga tiket bermula dari AS$60 (RM244) dan itulah harga pasaran semasa. Sekiranya kami menjual tiket dengan harga rendah, pasti akan ada pihak lain akan menjual semula dengan harga lebih tinggi,” katanya.

Difahamkan, sudah lebih enam juta tiket dijual sehingga memaksa FIFA untuk mengeluarkan tiket tambahan sebanyak 130,000 bagi menampung permintaan yang semakin meningkat di kala kehangatan Piala Dunia semakin terasa.

“Setiap duit yang dibayar akan disalurkan untuk pembangunan bola sepak di seluruh dunia. Kami hanya memiliki satu kejohanan setiap empat tahun untuk menjana pendapatan seperti ini,” ujar Infantino. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN