fbpx
Sanjeevan.

Bersatu tidak akan tunduk kepada pengkhianat – Sanjeevan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan tunduk kepada tekanan dalaman mahupun ancaman musuh politik luar yang mahu mengoyahkan parti tersebut.

Naib Ketua Bersekutu Bersatu, Datuk Seri Sanjeevan Ramakrishnan berkata, parti tersebut kini diuji dengan pelbagai cabaran dalaman dan tekanan luar.

“Ketika ada yang tergoda dengan kuasa luar, saya ingin menegaskan bahawa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetap menjadi nakhoda yang diyakini.

“Membawa parti terus mara dengan integriti, prinsip dan menolak sebarang cubaan musuh untuk melemahkan Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sanjeevan berkata, perkembangan mutakhir amat membimbangkan kerana wujud segelintir pimpinan parti yang dipercayai bersekongkol dengan musuh politik untuk melemahkan Bersatu.

Menurut beliau, mereka ibarat ‘duri
dalam daging’ sanggup menikam parti dari belakang demi kuasa dan kedudukan, maka tindakan disiplin tegas perlu diambil segera tanpa kompromi dan pilih kasih.

Ujar beliau, sikap lembut Presiden Bersatu jangan disalah tafsir sebagai kelemahan dah mereka yang cuba menggoncang parti itu dari dalam mesti digugurkan.

“Bersatu tidak boleh dijadikan alat tawar-menawar segelintir individu gila kuasa.

“Saya menyeru seluruh pimpinan dan ahli kekal fokus, bersatu hati dan menolak sebarang usaha menjadikan Bersatu hamba musuh politik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI