fbpx
Anggota penyelamat memeriksa lokasi kejadian runtuhan sekolah pondok di Sidoarjo, wilayah Jawa Timur semalam. - AFP

3 meninggal dunia, puluhan cedera sekolah pondok runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sekurang-kurangnya tiga orang meninggal dunia, manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas sebuah bangunan sekolah pondok runtuh di Pulau Jawa semalam, kata polis.

Lebih 100 pelajar berkumpul untuk menunaikan solat asar apabila bangunan bertingkat itu tiba-tiba runtuh, demikian menurut agensi berita ANTARA yang memetik kenyataan saksi.

Jurucakap polis wilayah Jawa Timur, Jules Abraham Abast memberitahu pemberita bahawa anggota-anggota penyelamat memindahkan sekurang-kurangnya 79 mangsa dari Pondok Pesantren Al Khoziny di bandar Sidoarjo.

“Sekurang-kurangnya tiga mangsa meninggal dunia,” kata Jules ketika memetik maklumat sebuah hospital tempatan tanpa mengulas lanjut.

Salah seorang ketua sekolah berasrama itu, Abdus Salam Mujib berkata, nahas berlaku  selepas pekerja menuang konkrit untuk membina tingkat tiga bangunan itu.

“Bangunan ini mempunyai tiga tingkat. Rancangannya adalah menyediakan empat tingkat dengan bumbung rata,” katanya kepada pemberita.

“Tingkat atas bangunan  dirancang digunakan untuk bilik darjah dan aktiviti pelajar, manakala tingkat bawah sudah digunakan sebagai surau,” tambahnya.

Piawaian pembinaan yang lemah menimbulkan kebimbangan meluas tentang keselamatan bangunan di Indonesia.

Awal bulan ini, sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera selepas sebuah bangunan yang menganjurkan bacaan doa runtuh di Jawa Barat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI