fbpx
Mahadzir Saad (gambar kecil) yang maut dilanggar motosikal dalam kemalangan di Kilometer 68 Jalan Alor Setar-Butterworth malam tadi.

Maut dilanggar motosikal ketika menolak basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki maut selepas dilanggar sebuah motosikal ketika sedang menolak basikalnya dalam kemalangan di Kilometer 68 Jalan Alor Setar-Butterworth malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu mangsa, Mahadzir Saad, 47, maut dilokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata,kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang seorang lelaki berusia 28 tahun dan sebuah basikal.

“Siasatan awal mendapati arah perjalanan kedua-dua kenderaan dari Sungai Petani menghala ke Tikam Batu. Ketika sampai di tempat kejadian motosikal itu melanggar mangsa yang sedang menolak basikalnya di lorong motosikal arah yang sama,” katanya.

Kata Hanyan impak rempuhan itu menyebabkan mangsa yang beralamat di Taman Rhu berdekatan lokasi kemalangan maut serta-merta manakala penunggang motosikal yang berasal dari Taman Merbau juga di daerah ini mengalami kecederaan luka di muka, kaki dan tangan.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan itu berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang melanggar mangsa yang sedang menolak basikalnya.

Kenderaan motosikal tersebut telah dibawa ke Balai Trafik Kuala Muda untuk pemeriksaan Puspakom manakala mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk urusan bedah siasat,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN