fbpx
ANWAR bersalaman dengan tetamu yang hadir di Acara Rapat Umum 27 Tahun Reformasi di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri PKR Melaka, Lorong Pandan hari ini.- Foto oleh AMRAN ALI

Tanah, kuasa Melayu terhakis kerana pemimpin tidak amanah – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat supaya bijak memilih pemimpin yang amanah dan rajin bekerja bagi memastikan tanah dan kuasa Melayu tidak terus terhakis.

Beliau berkata, kehilangan tanah milik orang Melayu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menimbulkan kebencian antara kaum kerana ia berpunca daripada kelemahan sebahagian pemimpin yang membenarkan ia berlaku.

“Dalam agama ini tak latih kita benci orang. Melayu yang miskin, tanah Melayu yang dirampas, kuasa Melayu yang terhakis. Peluang-peluang diambil kerana itu banyak salah pemimpin Melayu sendiri.

“Cari pemimpin Melayu yang amanah, yang kuat kerja. Cari pemimpin Cina yang bersih, kuat kerja,” katanya ketika merasmikan Acara Rapat Umum 27 Tahun Reformasi di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri Melaka, Lorong Pandan, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau yang juga Presiden PKR sempat berseloroh menyindir fahaman yang sering mengaitkan pelbagai masalah dengan parti tertentu seperti DAP.

“Ekonomi rosak, DAP. Kemalangan motor pun DAP. Terlambat datang program, DAP. Itu semua alasan. Dalam agama pun tak disuruh kita benci orang.

“Kita harus bersatu. Melayu ada, Cina ada, India ada, Sarawak ada. Negeri kita aman. Stabil. Apabila stabil, pembangunan ekonomi boleh berjalan lancar dan kepentingan rakyat terjaga,” katanya.

Dalam ucapannya, Anwar turut menegaskan kestabilan politik di Malaysia menjadi asas kepada keyakinan pelabur berbanding banyak negara lain di rantau ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN