fbpx
Gambar hiasan

Suri rumah serah RM301,000 simpanan takut ditangkap ‘polis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Seorang suri rumah sanggup mengeluarkan simpanan dalam Tabung Haji (TH) dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) termasuk menggadaikan barang-barang kemas miliknya kerana takut ditangkap ‘polis’.

Ketakutan itu timbul selepas wanita berusia 59 tahun itu dihubungi oleh seorang lelaki yang memperkenal diri sebagai ‘pegawai polis’ dan mendakwa dirinya merupakan salah seorang disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram serta akan ditangkap dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, selepas merasakan dirinya tertipu, wanita berkenaan telah tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat petang semalam.

Katanya, menurut laporan wanita itu mula dihubungi oleh ‘pegawai polis’ berkenaan pada 14 Mei lalu dan meminta mangsa menyerahkan maklumat akaun bank dan membuat pindahan wang ke nombor akaun diberikan kononnya untuk siasatan pihak ‘bank negara’.

“Akibat ketakutan dan tanpa usul periksa, mangsa telah memasukan sejumlah RM301,000 kedalam 17 akaun bank berbeza bermula 20 Mei hingga yang terakhir 25 September secara berperingkat.

“Mangsa hanya merasakan dirinya tertipu apabila diminta untuk membuat tambahan bayaran sebelum menghentikan sebarang pindahan wang dan membuat laporan polis,” katanya sambil menyatakan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN