fbpx
Tangkap layar video menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal membunyikan siren polis di tengah jalan semalam. - TikTok

Konvoi Harley Davidson guna siren polis, minta laluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah konvoi motosikal jenis Harley Davidson di Indonesia menerima kecaman orang ramai apabila membunyikan siren polis untuk mendapat laluan pantas, lapor portal berita Lambe Turah semalam. 

Rakaman video kejadian di platform TikTok oleh akaun @kencur_dhi menunjukkan beberapa penunggang motosikal membunyikan siren ketika berada di belakang sebuah lori. 

Siren tersebut dibunyikan supaya pemandu lori tersebut mengetepikan kenderaannya. 

“Selain bomba dan ambulans, maaf,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 755,700 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial. 

“Bukan kenderaan darurat jadi mereka tidak perlu didahulukan,” kata seorang netizen. 

“Tiada siapa yang istimewa di jalan raya selain bomba dan ambulans,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN