fbpx
MUKA Aryan Khan akhirnya berubah tersenyum dek satu ungkapan dari mulut sahabat bapanya, Bobby Deol.

Bobby Deol ubah muka ‘ketat’ anak SRK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELAKON senior Bollywood, Bobby Deol akhirnya berjaya membuat anak teruna Shah Rukh Khan, Aryan Khan tersenyum dalam sebuah video yang tular dalam media sosial.

Aryan sebelum ini terkenal dengan sikapnya yang terlampau serius dan tidak gemar mengukir senyuman di depan khalayak.

Bagaimanapun, pada acara tayangan perdana siri Netflix pertama arahannya yang turut dibintangi Bobby, pelakon itu dilihat berjaya membuat Aryan tersenyum.

Momen itu dirakam ketika mereka bersama-sama mengambil gambar di acara karpet merah yang menyaksikan aktor itu berkata ‘sesuatu’.

Drama bersiri arahan Aryan berjudul The Ba***ds Of Bollywood itu kini sedang hangat ditayangkan dalam platform penstriman, Netflix.

Karya tersebut mendapat ulasan positif daripada kebanyakan pengkritik dan hasil kerja Aryan mendapat pujian ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI