fbpx

Kreatifnya wakaf cermin mata untuk jemaah baca al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jika sebelum ini masyarakat lebih biasa melihat wakaf dalam bentuk al-Quran, telekung atau sejadah di surau dan masjid, kini muncul satu inisiatif baharu yang cukup unik iaitu cermin mata untuk kegunaan jemaah yang memerlukan.

Menerusi hantaran Fitri Suraya John di aplikasi Thread, wakaf tersebut dilaksanakan di Masjid Al-Hasanah, Bangi.

Program wakaf tersebut berjaya menarik perhatian ramai apabila beberapa pasang cermin mata dengan pelbagai tahap kuasa mengikut kesesuaian usia diletakkan di sudut khas masjid.

Cermin mata tersebut boleh dipinjam oleh jemaah yang mengalami masalah penglihatan ketika membaca al-Quran atau mengikuti bacaan imam.

Inisiatif wakaf ini mendapat pujian orang ramai yang menyifatkan sebagai satu usaha kreatif dalam memperluas konsep wakaf kepada bentuk yang lebih dekat dengan keperluan masyarakat semasa.

“Idea yang sangat-sangat menarik. Siapa sangka akan ada orang yang ingin wakafkan cermin mata,” komen Sabrina.

“Tinggi sikit risikonya tapi idea yang sangat bertimbang rasa dan menarik,” komen Sara.

Selain itu, timbul juga persoalan mengenai aspek penjagaan dan keselamatan, memandangkan sebelum ini telekung dan al-Quran di beberapa lokasi awam, kerap kali hilang walaupun sudah dilabelkan dengan tanda ‘wakaf’.

“Biasanya pak cik makcik selalu terlupa nak pulangkan balik lepas pakai, pernah jadi di surau lain,” komen Una. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN