fbpx
Bung Moktar dan Zizie

Tidak pernah runding, bincang dengan ejen pelaburan RM2.8 juta – Bung Moktar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau ada meminta dan berbincang dengan dua ejen pelaburan bagi pembayaran RM2.8 juta.

Dalam pemeriksaan semula oleh peguamnya hari ini, Bung Moktar, 65, yang merupakan saksi pembelaan pertama itu turut menafikan berunding dengan kedua-dua ejen tersebut iaitu Norhaili Ahmad Mokhtar dan Madhi Abdul Hamid berhubung pembayaran itu.

Peguam: Soalan pendakwaan (soal balas sebelum ini) sebenarnya Datuk Seri yang menerima RM2.8 juta melalui Datin Seri (Datin Seri Zizie Ezatte).
Bung Moktar: Tidak benar semua fakta yang saya nyatakan jelas menunjukkan tidak ada unsur-unsur perbincangan, perundingan apatah lagi menerima habuan daripada Norhaili atau Madhi..sebab saya tidak tahu urusan antara mereka dan saya berpendirian itu adalah tuduhan tidak berasas dan tidak berfakta.

Peguam: Pendakwaan juga ada mengatakan setelah beberapa hari perbincangan berlaku Datuk Seri setuju wang diminta daripada RM3 juta dan jawapan Datuk Seri tidak betul.
Bung Moktar : Perkara ini tidak pernah berlaku saya sendiri, saya tidak pernah berbincang apa-apa tentang kewangan, tentang permintaan. Kedua-dua saksi juga telah menyatakan dengan jelas di mahkamah ini tidak ada unsur-unsur pemberian atau perbincangan diantara kami.

Rabu lalu, ketika pemeriksaan balas pihak pendakwaan Bung Moktar menafikan Norhaili
telah meminta beliau supaya wang pengenalan RM3 juta dikurangkan kepada RM2.8 juta.

Bung Moktar turut tidak bersetuju dengan cadangan pihak pendakwaan bahawa beliau memberi arahan supaya isterinya yang menguruskan wang tersebut.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rosli Ahmad bersambung lagi 27 November ini.

Semasa prosiding peguam M.Athimulan mewakili Bung Moktar manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad didakwa pada 3 Mei 2019 atas dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette, 46, di Public Bank Berhad Cawangan Taman Melawati di sini pada 12.30 tengah hari hingga 5 petang, 12 Jun 2015.

Pertuduhan ketiga, Bung Moktar turut dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suapan tunai RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan sama pada 17 Jun 2015. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN