fbpx
Tangkap layar video perkongsian Fahad di Facebook semalam.

[VIDEO] ‘Andai kau lapar…sabarlah, aku juga lapar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Detik cemas dilalui seorang lelaki apabila dia terpaksa bertahan hampir empat jam memanjat sebatang pokok selepas seekor harimau muncul secara tiba-tiba di kawasan semak berhampiran lokasi dia berada.

Kejadian itu dikongsikan sendiri oleh mangsa, Fahad Mk menerusihantaran di Facebook miliknya yang menceritakan bagaimana dia hanya mampu bersembunyi di batang pokok sambil memerhati gerak-geri haiwan buas tersebut.

“Dia sedang bersembunyi dan sedang perhatikan gerak-geri saya hanya menunggu masa untuk serang hendap.

“Andai kau lapar sabarlah bila aku penat aku pasti turun kerana aku juga lapar,” tulisnya.

Fahad yang terkenal sebagai individu berani sering membuat kandungan video memaparkan hobinya menerokai pelbagai hutan mencari bermacam jenis tumbuhan selain menjalankan aktiviti paranormal.

Dalam hantaran sama, Fahad mengakui pengalaman berdepan detik cemas tersebut sukar untuk digambarkan dengan kata-kata dan hanya mampu dianggap sebagai pengajaran buat dirinya sendiri.

“Saya memang da ada atas pokok itu. Waktu nak turun tiba-tiba terperasan ada daun yang bergoyang rupanya dia (harimau) dekat celah semak-samun tengah menginatai tunggu masa untuk serang.

“Sesuatu tragedi yang berlaku sukar untuk dijelaskan, biarlah menjadi pengalaman untuk diri-sendiri,” katanya.

Menurut lelaki itu, dia terpaksa membuat pelbagai bunyi bagi mengalihkan perhatian pak belang tersebut.

“Hampir empat jam dekat atas rasa betul-betul yakin dia (harimau) dah pergi baru turun, itu pun saya jerit macam-macam bunyi nak tunjuk saya yang dominan dalam hutan tu,” kongsinya.

Perkongsian video oleh Fahad berjaya meraih lebih 6 juta tontonan dalam tempoh 20 jam selepas ia dimuat naik di Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN