fbpx
GAMBAR fail seorang lelaki menggunakan telefon bimbit di Tokyo. - Foto AFP

Bandar Jepun hadkan masa penggunaan telefon bimbit 2 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Sebuah bandar di tengah Jepun meluluskan satu ordinan kelmarin yang menggesa penduduknya mengehadkan penggunaan harian telefon pintar, konsol permainan dan skrin digital lain, lapor laman berita Independent semalam.

Penduduk digesa mengehadkan penggunaan peranti kepada dua jam sahaja di luar waktu kerja dan sekolah.

Langkah itu yang dipercayai pertama seumpamanya di Jepun, akan berkuat kuasa pada 1 Oktober ini.

Walaupun majlis perbandaran Toyoake di wilayah Aichi mengaku bahawa peranti seperti telefon dan tablet merupakan sebahagian penting dalam kehidupan moden, garis panduan baharu itu memberi amaran mengenai pendedahan skrin secara berlebihan.

Pendedahan terlalu lama terutamanya melalui penstriman video boleh menyebabkan kekurangan tidur dan mengurangkan interaksi keluarga.

Di bawah arahan itu, murid sekolah rendah dinasihatkan supaya tidak menggunakan telefon pintar selepas pukul 9 malam (waktu tempatan), manakala pelajar sekolah menengah rendah dan lebih tua pula digesa berhenti menggunakannya sebelum pukul 10 malam (waktu tempatan).

Ordinan itu bersifat saranan dan bukannya berbentuk hukuman. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN