fbpx
Polis menumpaskan 'calling centre' yang beroperasi di kondominium mewah, Tanjung Bungah, semalam.

Polis tumpas ‘call centre’ di kondo mewah Tanjung Bungah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Polis menumpaskan kegiatan sebuah pusat panggilan (calling centre) penipuan dalam talian yang menawarkan pakej pelancongan ke Jepun selepas menyerbu sebuah unit kondominium mewah di Tanjung Bungah di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4.45 petang itu, seramai lapan warga asing yang masing-masing berusia antara 25 hingga 37 tahun turut diberkas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, suspek terdiri tujuh lelaki dan seorang wanita itu diberkas dalam sebuah unit rumah di kondominium tersebut.

“Kita turut merampas pelbagai peralatan komputer dan telekomunikasi yang dipercayai digunakan suspek terbabit dalam menjalankan kegiatan ‘calling centre’ penipuan dalam talian kepada mangsa dari China dan Taiwan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, kesemua suspek telah direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 2 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420/120B Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN