fbpx
Anwar diberi penghormatan menyampaikan ucapan khas di Parlimen Nasional Timor-Leste.

Anwar sampaikan ucapan khas di Parlimen Nasional Timor-Leste

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan menyampaikan ucapan khas di Parlimen Nasional Timor-Leste sempena lawatan rasmi ke negara itu.

Anwar berkata, beliau dalam ucapan tersebut menegaskan bahawa Parlimen adalah wadah tertinggi yang mewakili suara rakyat dan mendokong prinsip demokrasi.

“Justeru, institusi ini perlu dipertahankan dan diperkasakan sebaik-baiknya sama ada di Malaysia, di Timor-Leste mahupun di mana-mana negara yang menjunjung demokrasi.

“Demokrasi berasaskan kepercayaan rakyat dan daripada kepercayaan inilah lahirnya kestabilan sesebuah negara yang mengukuhkan peranan sebagai anggota penting dalam keluarga besar ASEAN,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, hubungan erat antara Malaysia dan Timor-Leste amat signifikan dan Malaysia komited untuk terus menyokong aspirasi Timor-Leste sebagai anggota penuh ASEAN.

Menurut beliau, keanggotaan itu bukan sahaja memperkukuh kesepaduan rantau, malah membuka ruang lebih luas untuk kerjasama ekonomi, perdagangan, pendidikan dan pembangunan teknologi.

Kata Anwar, seiring dengan cabaran geopolitik semasa, ASEAN memerlukan ketersalinghubungan yang lebih mantap serta penerokaan teknologi baharu.

Jelasnya, ia termasuk kecerdasan buatan dan tenaga hijau sebagai pemacu masa depan yang lebih inklusif dan lestari untuk seluruh rantau ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI