fbpx
Rameswaran didenda RM25,000 selepas mengaku bersalah bagi lima pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan tuntutan elaun. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

Penolong pegawai Rela didenda RM25,000 buat tuntutan elaun palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang penolong pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas lima tuduhan memalsukan dokumen berkaitan tuntutan elaun dua tahun lalu.

Tertuduh, K. Rameswaran, 28, turut berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Hukuman itu diputuskan selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Lelaki itu didakwa secara tidak jujur menggunakan Borang Tuntutan Elaun Penugasan Kawalan Keselamatan dan Pemantauan Bencana semasa Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 Daerah Sungai Siput (U) berjumlah RM9,408.

Borang tuntutan itu dibuat atas nama lima anggota Rela sedangkan mereka tidak pernah menjalankan tugasan rondaan Monsun Timur Laut.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), G. Nanthini, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan denda RM5,000 atau satu bulan penjara jika gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan yang dihadapi tertuduh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN