fbpx
Adly

Teknologi hanya pelengkap, bukan pengganti anggota tentera – Adly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia menegaskan bahawa teknologi baharu dalam ketenteraan hanya berperanan sebagai pelengkap kekuatan, bukannya pengganti kepada anggota tentera.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari ketika merasmikan 14th Indo-Pacific Armies Chiefs Conference (IPACC), 49th Indo-Pacific Armies Management Seminar (IPAMS) dan 11th Senior Enlisted Leaders Forum (SELF) 2025 yang di sini, hari ini.

Menurut Adly, perkembangan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI), Sistem Udara Tanpa Pemandu (UAS) serta platform autonomi telah mengubah bentuk ketenteraan moden, namun ia tidak seharusnya menenggelamkan peranan manusia.

“Teknologi perlu digunakan untuk meningkatkan keupayaan pertahanan negara, tetapi hakikatnya nadi utama tentera tetap bergantung kepada anggota itu sendiri,” katanya.

Adly berkata, transformasi ketenteraan pada masa depan menuntut bukan sahaja pembaharuan dari segi doktrin, malah turut melibatkan perubahan cara berfikir agar tentera lebih tangkas dalam menghadapi ancaman seperti peperangan maklumat dan pencerobohan siber.

Beliau menambah, teras transformasi tetap berpaksi kepada manusia kerana anggota tentera adalah aset paling berharga dalam sesebuah organisasi ketenteraan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN