fbpx
Saharudin menyerahkan plak nama Pahlawan Negara kepada Abd Razak untuk diletakkan di pusara bapanya sempena program JPP di Kampung Senama Ulu, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

39 kubur tentera terbunuh dijejaki, terbaru Prebet Abdul Majid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Sebanyak 39 kubur anggota tentera yang terbunuh dalam pertempuran menentang komunis di seluruh negara dikesan menerusi program Jejak Pusara Pahlawan (JPP) sejak 2022.

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Kapten (B) Datuk Saharudin Omar berkata, daripada jumlah itu, lima daripadanya berjaya dijejaki di Negeri Sembilan termasuk yang terbaharu pusara Prebet Abdul Majid Abu di Rembau.

Menurutnya, Prebet Abdul Majid terkorban dalam pertempuran dengan Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) di Kampung Jantan, Biawak, Lundu di Sarawak pada 19 Mac 1971.

“Berdasarkan maklumat, kebanyakan veteran tentera terutamanya zaman komunis berasal dari Negeri Sembilan, Kelantan, Johor, Kedah dan Perak,” katanya ketika ditemui pada program JPP di Kampung Senama Ulu, di sini, hari ini.

Sementara itu, anak sulung Allahyarham, Abd. Razak, 65, meluahkan rasa terharu dan sebak dengan usaha yang dilakukan untuk menghargai jasa arwah bapanya.

Menurut pesara Pegawai Waren Udara 1,  Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sewaktu bapanya meninggal dunia, dia yang berusia 11 tahun dan dijaga oleh nenek serta datuknya dimaklumkan mengenai perkara itu pada waktu subuh.

“Walaupun saya jarang berjumpa ayah sebab arwah selalu menyertai operasi di dalam hutan, semangat ayah meresap dalam jiwa kami empat beradik apabila saya menjadi tentera, manakala anak kedua pula menyertai polis,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN