fbpx
ORANG ramai beratur untuk menyemak cip dan menukar MyKad di kaunter JPN Galleria@Kotaraya, Johor Bahru hari ini.-Foto dan Video RAJA JAAFAR ALI

JPN sesak, JPJ lengang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kaunter kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), UTC Galleria@Kotaraya di sini sesak dibanjiri orang awam sejak dibuka seawal pukul 8 pagi tadi.

Tinjauan Kosmo! sehingga pukul 10.30 pagi mendapati ruang kaunter JPN dipenuhi pengguna mengambil kesempatan untuk menukar atau menyemak cip MyKad.

Seorang warga emas, Marsina Sariyaty, 63, mengambil kesempatan untuk memperbaharui atau menukar MyKad susulan kerajaan mengumumkan penukaran atau cip MyKad percuma bermula hari ini sehingga 7 Oktober depan.

“Saya datang dengan anak dan menantu untuk buat MyKid cucu, dah kebetulan ada di sini, saya terus semak dan tukar kad pengenalan.

“Dah 30 tahun guna IC tak pernah tukar. Hari ini bila kerajaan umum tukar atau semak cip MyKad percuma, saya fikir terus buat, alhamdulillah tak lama, lebih kurang sejam kena tunggu beratur dan proses tukar baharu,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Siscca Asriyani Yunirman, 34, dari Kampung Melayu Majidee berkata, dia turut mengambil kesempatan susulan kemudahan disediakan pihak kerajaan.

“Segala urusan memerlukan kad pengenalan sebagai contohnya urusan perbankan dan yang terbaharu untuk dapatkan minyak subsidi RON95 kena guna IC.

“Jadi saya datang untuk buat IC anak dan ambil kesempatan ini untuk semak cip MyKad saya,”katanya.

Sementara itu, tinjauan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berbeza apabila keadaan lengang dan tidak ramai pengguna hadir.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN