fbpx
Anwar (gambar kecil) menegaskan Sumud Flotilla menjadi sinar harapan buat rakyat Gaza.

Doa rakyat iringi pelayaran flotilla ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Doa tulus masyarakat dunia terus mengiringi misi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang sekali lagi berlayar menuju Gaza dengan membawa harapan buat rakyat di bumi bergolak itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelayaran itu bukan membawa senjata peperangan sebaliknya sarat dengan bekalan bantuan demi rakyat Palestin yang terus hidup dalam kepungan rejim Zionis.

“Flotilla ini adalah misi kemanusiaan, misi belas ihsan. Kita mesti melakukan segala usaha agar ia sampai ke destinasinya. Menghalang dengan kekerasan bererti mengkhianati nurani kemanusiaan yang sepatutnya melindungi golongan tertindas,” katanya menerusi Facebook malam ini

Beliau berkata, usaha murni itu menjadi sinar harapan buat rakyat Gaza yang sedang diuji serta lambang kesatuan nurani kemanusiaan sejagat.

Misi bantuan kemanusiaan GSF yang kini sedang berlayar ke perairan antarabangsa berhampiran Greece sebelum menuju ke Gaza memasuki fasa paling penting dan disifatkan detik penentu keseluruhan gerakan itu dalam tempoh seminggu ini.

Pelayaran GSF merentasi Laut Mediterranean yang membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan, dijadualkan tiba di perairan Gaza pada akhir bulan ini, membabitkan lebih 1,000 sukarelawan yang menaiki hampir 70 bot dengan satu matlamat iaitu memecah kepungan terhadap Gaza.

GSF menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah, dengan semua delegasi menekankan prinsip tanpa keganasan serta peranan kapal sebagai simbol solidariti masyarakat dunia terhadap krisis Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN