fbpx
Keadaan lalu lintas di Jambatan Sg. Durian, Kuala Krai sering sesak terutama pada musim perayaan atau cuti sekolah.

Luahan Pembaca: Sampai bila hadap sesak di Jambatan Sg. Durian?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

TERLEBIH dahulu, saya sebagai pengguna jalan raya di Kelantan berterima kasih kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) kerana telah mengambil insiatif sementara untuk menyelesaikan isu mendapan tanah di laluan utama di Machang.

Sekurang-kurangnya dengan pemasangan jambatan sementara Bailey di laluan utama Kuala Krai – Kota Bharu itu boleh dilalui semula, sekali gus mengurangkan kesesakan yang sebelum ini berlaku di dalam bandar Machang terutamanya pada waktu puncak.

Tetapi, satu lagi yang kami harapkan daripada KKR iaitu segera siapkan projek pembinaan jambatan dan laluan di kawasan Sungai Durian di Kuala Krai yang telah bertahun dibina, namun tidak juga siap.

Pembinaan itu juga menjadi punca kepada kesesakan luar biasa di Kelantan apabila tiba musim perayaan atau cuti sekolah kerana ia juga laluan utama perantau untuk ke daerah lain di Kelantan.

Bayangkan, ada yang terperangkap hampir tiga jam di Kuala Krai pada cuti persekolahan lalu sebelum dapat melepasi kawasan pembinaan tersebut.

Saya juga hairan kerana projek tersebut telah lama diluluskan oleh kerajaan, tetapi kenapa belum siap-siap?

Di mana silapnya projek ini? Dah beberapa kali PRU (Pilihan Raya Umum) pun masih belum disiapkan.

Walhal jika diikutkan dengan mata kasar pengguna, jambatan tersebut tidaklah panjang seperti jambatan Pulau Pinang.

Jadi kami menggesa supaya kerajaan mengambil inisiatif menyiapkan segera jambatan ini, kalau kontraktor tengah ‘tidur lena’, mohon ‘kejutkan’ mereka dengan segera.

Anak Perantau
Machang, Kelantan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN