fbpx
TANG JIE dan Ee Wei gagal meneruskan momentu di Kejohanan Dunia apabila gagal menawan Masters China.

Tang Jie-Ee Wei dedah punca kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menafikan bahawa kecederaan menjadi punca mereka gagal untuk menampilkan aksi terbaik dalam perlawanan final Kejohanan Badminton China Masters selepas tewas straight set 8-21, 17-21 kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, semalam.

Dalam aksi yang berlangsung di Shenzhen Arena, pasangan No. 3 dunia yang baru-baru ini dinobatkan sebagai juara dunia di Paris, tidak berjaya mengekalkan prestasi terbaik mereka sebelum tewas dalam masa 35 minit kepada pasangan No. 4 dunia dari Thailand.

Mengulas kekalahan itu, pasangan negara mengakui bahawa taktikal tidak menjadi telah menjejaskan persembahan mereka untuk menambah gelaran mereka di China.

“Jika anda maksudkan perlawanan lepas di mana saya tercedera, itu bukan alasan apabila kami sudah berada di dalam gelanggang. Saya rasa teknik permainan kami hari ini tidak menjadi dan itulah masalah utamanya. Itu sahaja,” tegas Ee Wei.

Sementara itu, Tang Jie pula memuji persembahan mantap lawannya yang disifatkan sangat berkesan dari segi strategi dan pergerakan, menyebabkan mereka gagal mengheret perlawanan ke rubber set.

“Kami hanya cuba menyukarkan mereka untuk mendapatkan mata dan cuba bangkit semula setiap kali kami kehilangan mata. Tetapi, mereka bermain dengan sangat baik dari segi strategi dan pergerakan,” katanya.

Tambah Tang Jie, mereka akan meneliti semula rakaman perlawanan tersebut bagi mengenal pasti kelemahan dan melakukan penyesuaian sebelum menghadapi kejohanan seterusnya.

Kekalahan ini turut menyaksikan rekod pertemuan antara kedua-dua pasangan kini memihak kepada Dechapol-Supissara yang telah memenangi empat daripada lima pertemuan mereka setakat ini.

Walaupun gagal muncul juara, Tang Jie-Ee Wei membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$42,250 (RM177,745) serta pingat perak sebagai naib juara kejohanan bertaraf Super 750 itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI