ACARA Larian Sawah Padi Tanjong Karang 2025 (LSPTK) di Tanjong Karang, Selangor bukanlah larian biasa. Dengan jarak kira-kira lapan kilometer (km), acara itu membawa para peserta menyusuri lorong kampung yang dikelilingi hamparan sawah menghijau, melintasi 10 checkpoint yang bukan saja menawarkan juadah kampung seperti nasi lemak punjut dan kuih tradisional tetapi juga permainan rakyat dan peluang bergambar di permatang bendang yang seakan lukisan alam. Bagi peminat larian tersebut, kesempatan ini lebih daripada satu aktiviti fizikal. Ia adalah peluang menjejak kembali……