fbpx
Kementerian Pengangkutan -GAMBAR HIASAN

MOT tampung 70 peratus caruman hasil bidaan NPI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kementerian Pengangkutan (MOT) memperuntukkan RM3.5 juta untuk Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Lindung Kendiri) tahun ini menggunakan hasil bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI).

Menterinya, Anthony Loke berkata, inisiatif berkenaan memanfaatkan 35,000 pemandu teksi pemandu kereta sewa dan 15,000 pemandu bas seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, kerajaan membiayai 70 peratus caruman, manakala selebihnya ditanggung sendiri oleh pencarum.

“Peruntukan RM3.5 juta ini sebenarnya bukan diperuntukan oleh Kementerian Kewangan kepada MOT kerana apa sahaja peruntukan kita menggunakan adalah bajet tahunan.

“Namun, kita fikirkan cara untuk tampung RM3.5 juta ini iaitu wang ini adalah hasil daripada penjualan bidaan NPI,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Pusat Dialisis Perkeso Cawangan Seberang Jaya dan Penyampaian Tajaan Lindung Kendiri di Pejabat Perkeso, di sini hari ini.

Tambahnya, pertambahan peruntukan daripada RM1.165 juta pada tahun lalu kepada RM3.5 juta tahun ini berfungsi sebagai platform bagi memperhebat kesedaran golongan pekerja sendiri akan kepentingan perlindungan sosial.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim turut merakamkan penghargaan kepada MOT susulan kerjasama memberikan caruman percuma kepada 50,000 pemandu di seluruh negara yang kini memasuki tahun kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI