fbpx
Gambar hiasan

Suami bagi alasan selalu OT, rupanya ‘makan luar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang wanita menderita secara emosi selepas mengetahui suaminya yang kerap memberi alasan kerja lebih masa (OT) di kilang rupa-rupanya menjalinkan hubungan sulit di luar pengetahuan keluarga.

Menurut wanita berusia 32 tahun itu, suaminya mula berubah sikap sejak beberapa bulan lalu, sering pulang lewat malam dan jarang meluangkan masa bersama anak-anak.

“Kami beza dua tahun, saya 32 dia 30. Ini cerita kami….setiap kali saya tanya, dia akan kata banyak kerja tambahan di kilang sebab pesanan pelanggan meningkat.

“Saya percaya dan cuba memahami. Tapi lama-lama, tingkah lakunya semakin mencurigakan. Telefon selalu disorok, bau minyak wangi lain dan gajinya tak sepadan dengan kononnya kerja lebih masa,” katanya dalam hantaran di kumpulan Facebook, Luahan Hati Seorang Isteri.

Kecurigaan wanita itu memuncak apabila seorang rakan sekerja suaminya mendedahkan bahawa lelaki tersbeut kerap dilihat bersama seorang wanita di luar kawasan tempat kerja.

“Selama ini saya setia dan cuba jadi isteri yang baik. Saya tak sangka dia sanggup tipu saya guna alasan kerja.

“Anak-anak jadi mangsa kerana dia jarang balik. Saya sedih dan kecewa, tapi sekarang saya kena fikirkan masa depan kami,” luahnya.

Perkongsiannya turut mendapat perhatian pengguna Facebook yang lain dan ramai menitipkan nasihat untuk wanita itu keluar daripada hubungan toksik tersebut.

“Puan berhak dapat bahagia yang lain. Percayalah la puan, sekali dia curang, dia akan terus begitu walaupun merayu minta maaf pada kita. Saya pernah laluinya lima tahun lepas, tiada lagi peluang kedua,” kongsi seorang wanita.

“Kuat demi anak-anak ya puan, kalau cukup bukti suami curang, failkan di mahkamah,” cadang Nanie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN