fbpx
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang dihempap pokok di Pulau Santap di Janda Baik hari ini.

Wanita maut, suami dan anak cedera khemah dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Seorang wanita maut, manakala suami dan anak lelakinya yang berusia tujuh tahun cedera selepas khemah mereka dihempap pokok di Pulau Santap, Camp Site, Janda Baik di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.56 pagi itu, tiada angin kencang dan hujan berlaku dengan mangsa bersama suami dan anaknya berada di dalam khemah di tepi sungai di kawasan peranginan tersebut.

Ketua Balai Bomba Bentong, Mohd. Zulhazmi Mohamed berkata, pihaknya yang tiba pada pukul 8.45 pagi mendapati pokok tumbang menghempap khemah di lokasi berkenaan.

“Pasukan bomba membuat pemeriksaan sebelum memotong pokok dengan menggunakan gergaji rantai.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Mangsa yang cedera pula dihantar ke hospital berhampiran dengan ambulans,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI